Wednesday, February 8, 2012

MAKLUMAN

Cekak Pendusta akan dibuka semula pada 15 Febuari 2012 bersamaan 23 Rabi'ulAwal 1433 Rabu jam 12.55 pagi. Kami mengalu-alukan semua pelayar, positif dan negatif mengikut kefahaman masing masing .... tetap ada menjana ilmu.

CEKAK PENDUSTA CHEKAK.

Tuesday, November 1, 2011

MENCARI TAKDIR

Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Walilla hil hamd.

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1432

Allah selawat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w serta keluarga
Salam ke atas para sahabat, para solihin, siddiqin, tabi‘in serta syuhada’
Salam ke atas hamba Allah.

Setiap orang islam yang beriman difardukan dengan 5 rukun yang kemuncaknya wajib sampai menunaikan rukun haji ke Baitullah iaitu Kaabah di Makkah Al Mukarramah. Maka haji itu ertinya ‘sampai’ (tabligh). Solat itu sendiri adalah pengertian dan tafsiran 5 rukun tersebut. Ini dinamakan solat yang satu. Bagi orang yang memahami rahsia solat ini dinamakan Haji Kecil; dan apabila dia sampai ke Kaabah di Makkah Al Mukarramah mengerjakan rukun Haji dia mendapat Haji Akbar secara individu.

Kita biasa menggunakan istilah ‘sampai waktu’ atau ‘sampai ketika’ di dalam kehidupan seharian. Begitu juga bagi diri manusia apabila sampai ketika ‘kembali’. Secara umumnya tidak akan disegerakan atau ditangguhkan walau seketika seperti mana maksud firman Allah Al Mu‘minun ayat 43: “Tidak mendahului ajal satu umat dan tidak ditangguhkan”.

Namun begitu, secara khususnya ada juga sekali-sekali, jarang-jarang, seorang mukmin sejati atau orang tertentu yang diperkenankan Allah Azzawajalla apabila beliau memohon penangguhan ‘kembali’ di atas sebab tertentu??
Perkara benar ini tidak mustahil sebagai bandingan makhluk.
Iblis laknatullah telah meminta kepada Allah Azzawajalla penangguhan mati hingga ke hari kiamat akhirat dan telah diperkenankan olehNya.
Segala perkara baru (makhluk) adalah berpasangan – ada bandingan.
Jika ada ilmu hitam yang hebat seperti hantu raya yang boleh tiba sampai dan menjelma, kemudian ghaib sepantas seorang yang belum sempat duduk dari berdirinya; tentulah ada ilmu putih yang mirip sebegitu bahkan lebih hebat, sepantas belum sempat berkelip matanya.
Maha Suci Allah Yang Maha Hebat. KepunyaanNya segala kerajaan di langit dan di bumi.

Bagi pengamal ilmu hitam dikenali sebagai SAKA perlu melepaskan ‘kianat’ itu kepada manusia pengganti; jika tidak ditemui penggantinya – pasti dia mengalami kesukaran sakaratulmaut kerana takdir yang diciptanya bersekongkol dengan penjanjian iblis yang telah lama dimeterai dengan tuhannya.
Walaupun begitu, dengan rahmat dan nikmat Allah jua, penjanjian itu boleh dimansuhkan oleh para ‘Arifbillah, Fuqoha’Allah dan seumpamanya.

Maka ilmu putih juga pasti ada ‘amanat’ yang perlu dilepaskan kepada manusia pewarisnya dengan perintah Allah jua; atau pemegang ‘amanat’ ini tidak boleh kembali?
Perkara ini boleh terjadi kerana Allah yang Maha Adil memberi izin pula kepada iblis yang sentiasa menghalangi manusia dengan berbagai tipu daya.
Walaupun begitu, dengan rahmat dan nikmat Allah jua, apabila tiba ketikanya – penyerahan tetap berlaku; bertemu dan berpisah dan bertemu semula, secara nyata zahir atau ghaib = alam roh.
Firman Allah surah Al Isra ayat 85: “Dan mereka bertanya kepada mu tentang roh; katakanlah roh itu dari urusan tuhan ku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Renungkan . . . .
Apakah yang diumpamakan sedikit ini . . . . ilmunya atau orangnya?
Sedikit membawa maksud benda yang boleh dihitung sedangkan roh adalah perkara ghaib tidak berbentuk. Selepas penyerahan berlaku, dia akan kembali ke rahmatullah dalam masa tidak lebih 40 hari dan pewarisnya disahkan selepas 40 hari pula.
Maka sesiapa yang mendakwa telah menerima amanat itu sebagai pewaris dan yang telah disebutkan sebagai pengganti sebelum tempoh itu adalah dusta.

Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Walilla hil hamd.

Firman Allah surah Al Ankabut ayat 43 : “Dan perumpamaan ini kami buat untuk manusia; dan tidak dapat/tidak ada yang memahaminya kecuali orang yang berilmu”.
Firman Allah surah Al Fathir ayat 19 : “Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat”.

Seluruh warga CHEKAK sedang diberi peluang oleh Allah Azzawajalla supaya membantu dengan ikhtiar dan doa semoga halangan iblis itu yang dizahirkan oleh syaitan jin dan syaitan manusia dapat dipatahkan.

Mencari takdir pewaris ini yang belum dikenali kerana tidak mengetahui . . . . Sedangkan pewaris ini telah ada; dikhabarkan dia tidak sanggup seperti mana juga pewaris kini (86 – 20 ??) yang tak sanggup ketika almarhum menyerahkan padanya. Mencari takdir rawatan tubuh badan baginya sedangkan dia tidak berpenyakit . . .?
Maka jalan itu menjadi buntu; lalu kembali kepada quran dan hadis. Solat, munajat serta doa – mudah-mudahan ditunjuk jalan yang benar lurus dengan rahmat nikmat Allah serta syafaat baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

Wasiat guru :-
Carilah guru yang kaya !
Carilah guru yang berani !
*** kaya harta (boleh dihitung) – adalah keperluan hidup di dunia, hujungnya jadi sampah/binasa?
*** berani – bertempur, bergaduh telagah, naik stage dan sebagainya adalah satu tuntutan – wajib menjaga diri sendiri, hendaklah mahir pada anggotanya . . . .

Jika tidak dikawal baik akan menjadi syirik yang hujungnya baru sama macam haiwan. Ayam juga berani berlaga, kucing berani bergaduh/bertelagah?
Jika terlalu takut juga boleh menjadi syirik.

*** kaya ilmu = kaya jiwa (tidak dapat dihitung) menjadi manafaat berkekalan dunia sampai akhirat. Orang ini tidak berdagang (cari makan) dengan agamanya. Al Baqarah ayat 41: “. . . . dan janganlah kamu menukarkan (menjual) ayat-ayat Ku dengan harga sedikit/rendah dan bertakwalah kepada Ku”. Al Baqarah ayat 16 : “Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka tidaklah beruntung perniagaan/perdagangan mereka dan tidak mendapat petunjuk”.

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Menggunakan hartanya untuk dakwah bukan dakyah.
*** berani – berkata, membuat kebenaran di atas jalan agama dengan cara bijaksana; tidak biadap lagi kurang ajar.
Maksud hadis : “Qada’ dan qadar itu tidak akan berubah melainkan dengan doa dan panjang umur itu adalah sangka baik serta kebajikan”. (Ilmu yang manafaat, amal soleh, sadaqah jariah)
Firman Allah Al Baqarah ayat 42: “Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dan kebatilan dan kamu sembunyikan kebenaran (yang haq) sedang kamu mengetahui”.

Al Baqarah ayat 32 : “Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh Engkau jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Al Kahf ayat 10 : “Tuhan kami berilah kami dari sisi Mu rahmat dan sempurnakanlah (sediakanlah) bagi kami dari urusan kami petunjuk yang lurus”.
Al Baqarah ayat 201 : “Tuhan kami berilah kami di dunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan peliharalah kami dari seksa neraka”.

Selawat Allah ke atas junjungan besar penghulu kami Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w serta keluarga dan para sahabat.

Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Walilla hil hamd.

Benar itu amanat – dusta itu kianat

Anak angkat Ustaz Hanafi





Saturday, October 1, 2011

Dajjal VS al-Mahdi

Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi besar akhir zaman (Dajjal besar juga muncul pada akhir zaman), sesuai dengan Rasullullah SAW sebagai penghulu segala nabi. Ini bererti akhir zaman telah berusia 1431 tahun Hijrah + 52 tahun umur nabi ketika berlaku hijrah Mekah ke Madinah.

Allah Azza Wajalla telah berfirman di dalam Al-Quran akan keadaan kiamat dengan menyebut lebih dari 30 istilah kiamat yang antaranya ialah keadaan huru-hara. Kejadiannya pula seperti gunung-ganang berterbangan bagai debu, air laut berkocak menjulang tinggi menghempas daratan, langit seperti digulung, keluar asap hitam dari perut bumi, kubur-kubur terbongkar dan lain-lain lagi. Keadaan bencana alam yang berlaku seperti itu sekarang ini, telah pun ada pernah berlaku banyak kali sejak beribu tahun. Yang ini dinamakan kiamat kecil? Atau besar? Kiamat lebih besar pula akan terjadi dengan datang zahir nyata Dajjal besar. Para Ulama' Rahimahumullah As-Sunnah waljamaah bersepakat tidak menyenaraikan ketibaan Dajjal besar sebagai satu daripada tanda kiamat akhirat melainkan orang Syiah sahaja? Kiamat akhirat pasti terjadi sekonyong-konyong pada ketikanya dengan perintah Allah sedang tiada diberitahu kepada sesiapa melainkan sedikit . . . .
Siapakah Dajjal kecil dan siapa pula Dajjal besar.

VS

Dari sudut bahasa al-Mahdi (Imam Mahdi) ertinya orang yang mendapat petunjuk di jalan yang benar lagi lurus serta membawa kebenaran – pembimbing yang dibimbing – ada Quran didadanya berisi Furqan (meleraikan yang Haq dan yang Bathil) sedang tersembunyi didadanya ada Qurqan (isi rahsia – Sir – rahsia hati). Nabi-nabi dan rasul terdahulu juga digelar yang sama dengan istilah lain dari bahasa Arab, membawa Dzabur, Taurat, Injil dan ada juga Suhuf.
Semua makhluk mendapat petunjuk dari Allah jua.
Adalah kita manusia maka bicara ini tentang manusia jua.
1. Petunjuk tabi’in – semulajadi.
2. Petunjuk pancaindera – tahu.
3. Petunjuk aqli – akal fikiran.
4. Petunjuk ilmi – belajar berilmu.
5. Petunjuk lurus lagi benar – Sir – rahsia – Sirathal Mustaqim.

Maka pada akhir zaman orang yang mula digelar al-Mahdi ialah Nabi Muhammad SAW sendirinya. Sehinggalah baginda wafat kemudiaanya diwariskan oleh para sahabat di zaman khalifah dan terus bersambung warisnya sepanjang zaman oleh para sahabat yang juga digelar Pewaris Nabi.

Patah tumbuh hilang berganti.

Watak baginda Nabi SAW adalah bersesuaian dengan masyarakat semasa setempat yang kemudiannya disebut sebagai sunnah – diterima seluruh dunia Islam. Maka sunnah yang bererti perbuatan (amal/af’al) terdapat dua bahagian.
Sunnah umum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keluarga, masyarakat, budaya dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat Arab ketika itu – yang kemudiannya dibaik pulih dengan akhlak Nabi lalu dinamakan cara hidup Islam.
Sunnah khusus pula adalah teknik dan taktik melaksanakan Rukun Islam yang 5 berteras 6 Rukun Iman seperti mana telah disyariatkan Allah dan dilaksanakan, ditunjuk ajar, digaris panduan oleh baginda Nabi sebagai syariat Islam yang diwarisi para sahabat.
Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

Setiap makhluk adalah berpasangan seperti lelaki/perempuan, siang/malam, hidup/mati, kahwin/cerai, kaya/miskin, Sir/Sihir, jin(iblis)/ma’laikat, Haq/Bathil dan bermacam lagi. Hanya satu yang tidak berpasangan, tiada bandingan ialah Allah – Tuhan Rabbul Jalil Fil ‘a lamin yang Esa. Satu ertinya kaya sahaja tidak ada miskin/kekurangan, kuat sahaja tiada lemah, hidup sahaja tiada mati, kasih sayang sahaja tiada zalim, betul (Haq) sahaja tiada salah (Bathil) dan lain-lain lagi berjumlah 99 yang disebut dalam Asma’ul Husna wa Sifat. Maha suci Allah dari sebarang anasir – ma’rifat Allah (mengenal) dengan zatNya sendiri jua.

  • Dajjal kecil atau besar sama sahaja sifatnya – itulah tipu daya jelmaan iblis yang dizahirkan maanusia Islam. Diantara perangai buruknya seperti rakus, sombong meninggi diri, menggunakan agama untuk mencapai cita-citanya. Dia ada dimana-mana – persatuan masyarakat Islam, pertubuhan, perniagaan, politik, pihak berkuasa undang-undang dan dimana sahaja ada orang Islam. Harta, Tahkta, Wanita menjadi matlamat kemewahan, keindahan dunia untuk memikat hati manusia Islam supaya mempercayainya. Dajjal mencari kemuliaan atas jalan agama dengan menjual ayat Allah apabila berdakwah dan menfatwakan niat yang baik menghalalkan cara? Dajjal mengubah maksud Al-Quran mengikut kepentingan dirinya dan membuat tipu daya keatas orang Islam yang mengangkatnya sebagai pemimpin. Mengadu domba supaya bergaduh berselisih sesama maanusia kononnya diatas jalan agama. Mengisytiharkan perang syahid diatas jalan keganasan dengan membunuh menumpahkan darah. Menjual syurga Allah dan bermacam kredit bagi orang yang berjuang?
  1. Dajjal kecil sewaktu tiada pengikut dan menjadi Dajjal besar apabila ramai yang menyokongnya dan menjadi pengikut.
  2. Contohnya – seorang yang bertanding pilihanraya tidak akan menjadi orang besar seandainya tidak mendapat undi besar . . . .?
  3. Sebahagian maanusia Islam menjadi pengikut Dajjal tanpa ilmu pengetahuan agama kerana jahil, sebahagiannya munafik, yang lain pula fasik, tidak kurang juga yang syirik. Ada juga menjadi part-time Dajjal . . .? (kecil) atau full-time Dajjal . . .? (besar).
  4. Seandainya Dajjal hadir dengan wajah hodoh bermata satu lagi mengerikan pandangan mata tentulah maanusia akan lari darinya!!
  • Pewaris Nabi (al-Mahdi) menggunakan harta, takhta, wanita hanya sebagai alat keperluan hidup didunia. Orang ini mendapat keperluannya mengikut garis panduan syariat Islam dan bersederhana. Kemudian menggunakan rezeki halal itu untuk berdakwah bermacam cara tanpa meminta upah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta diwarisi para sahabat.
  1. Perang (Jihad) yang diisytiharkan bermaksud memerangi hawa nafsu keinginan, membunuh idealogi kefahaman jahiliyah, tahyul dan kurafat serta bida’ah dengan cara bijaksana. Perang membunuh menumpahkan darah hanya berlaku dengan perintah Allah jua. Sentiasa rindukan kasih sayang, cintakan keamanan sejagat bermula dari dalam diri sendiri setiap maanusia umumnya dan khasnya orang Islam.
  2. Dikalangan para nabi dan rasul terdahulu juga telah ada yang dibunuh oleh kaum/bangsa mereka sendiri. Sifat baginda Nabi adalah siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (sampai), fathanah (bijaksana).
  3. Sifat sahabat pula adalah siddiqin (yang membenarkan), solihin (yang berakhlak baik), syuhada’ (yang berjuang). Penampilan ini digunakan oleh Dajjal sedangkan Pewaris Nabi sendiri tidak menonjolkannya.
  4. Berbahagialah maanusia Islam yang menjadi pengikut pemimipin ini dengan kurnia rahmat, ni’mat Allah jua.
  5. Tentu tidak ada sesiapa yang berani mengaku dirinya Dajjal – maka sudah tentu Pewaris Nabi juga tidak melakukannya. Jika ada yang membuat pengakuan sebagai Pewaris Nabi bermakna dia menempah neraka . . . . Itulah Dajjal (iblis) yang mengaku sebagai pengganti.
Telah lahir Ulama' yang jahat
Telah lahir ahli ibadat yang jahil
Jangan jadikan ibadat sebagai alat
Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.


Wasiat
Anak Angkat Ustaz Hanafi

Saturday, August 6, 2011

TERMINATOR 7

Kepada Serizawa dan yang seangkatan dengannya..

Awak dah lah tolol, bebal, daif sangat ilmunya.. jutaan umat manusia islam melutut, merayu pada setiap lima waktu solat. Adakah anda tidak pernah melutut, merayu pada Allah s.w.t ??? Memang saya ini terror.. kalau tak terror, mana mungkin boleh cabar penduduk sedunia dengan pukulan LADING PUAKA hak pusaka bangsa melayu. Guru2 ketuhanan dari dulu sampai ke era Almarhum Ustaz Hanafi, Pak ‘Ak dan ramai lagi semuanya handal2, hebat & terror ilmu petua isyaratnya (super duper). Guru ini boleh pinjamkan sekejap ‘CIP’ sifat handal, kuat dan berani untuk digunakan Saudara Roslan Safar, Tuan Guru Jomarwi Latif, BRO Maideen dan beberapa lagi ahli ketika itu di Jakarta, Indonesia naik gelanggang untuk berentap (Sila rujuk buku ‘Silat Cekak Dalam Suku Abad (1965-1990) m/s 191-193). Habis pertandingan Almarhum Ustaz Hanafi salam dan ambil semula “CIP’ yang dibagi ‘pinjam’???? Guru anda BRO Maideen nie ada ke itu ‘CIP’???? BRO Maideen pakai ‘CIP’ apa??? ‘CIP’ Celcom atau ‘CIP’ Maxis???? Pinjam duit BRO Maideen boleh laaa.. itu pun kalau BRO Maideen percaya pada anda... SORRY Maideen aku cuit engkau sikit...

Anda dan saya atau sesiapa pun dapat lihat dunia.. ini kerana masing2 selamat dilahirkan oleh ibu masing2 dengan sifat berani dan kuat yang dipinjamkan oleh Allah yang Maha Agung hinggakan sampai koyak dan ada yang kena operate si anu tue.. punyalah berani si ibu anda.. Apa sifat Allah?? Asma Ul Husna, Al-Jabbarul Qahhar (Maha Tegoh lagi Maha Keras), Al-Mutakabbir (Maha Megah) Al-Qawiyul Aziz (Maha Gagah Perkasa lagi Maha Kuat). Tuhan kalau nak bagi pinjam sifat kuat, perkasa atau megah pada saya dan sesiapa pun termasuk anda. Itu tuhan punya pasal??? Sebab itu saya ini terror kerana saya tahu bila saat nak pakai... saya tahu bila saat dan ketika nak on atau off sifat tuhan tadi tue... dan bagi balik.. adakah anda tahu on off??? Kalau anda tak tahu switch on dengan off , anda pergi tanya BRO Maideen.. BRO Maideen akan bagi tau anda “Tunggu lamaaaaaaaaaaaaaa sikiittttt... atau pun BRO Maideen mungkin tak tahu on/off

KALAU ON SAJA NANTI TERBAKAR.... KALAU OFF SAJA NANTI GELAP...


Dah teruji berentap di Petaling Street dengan 6-8 CA.. itu pun saya pukul selamba.. Di Taman Negara (Cerita lama, awak masa tu pun berhinggus lagi ). 2 orang putih (Australia) minta ‘try’ serang pakai pisau. Saya pakai parang biasa jer... Mana boleh pakai parang lading.. parang lading simpan di rumah.. Disebabkan saya ni TERMINATOR 7 , handal, kuat, terror.. parang biasa bertukar skill parang lading. Sekarang nie saya dah tak terror... yang handal, kuat & terror yang dibagi pinjam sat telah kembali ke sisi-NYA. Kalau pinjam duit bank kenalah bayar.. kalau tertangguh bayar atau langsung tak bayar nanti kena ‘interest’ atau penalty..

Saya dah tak terror, tak handal, tak kuat. Anda dan sesiapa pun boleh cuba pukul saya. Anda kena datang dengan sifat jantan, gagah, kuat, perkasa dan megah. Kalau anda tidak ada isyarat atau petua yang dibekal oleh BRO Maideen.. dikhuatiri TERMINATOR 7 boleh ambil dan tukar sifat jantan (kuat) jadi betina. Amacam nak lawan??????? Anda boleh kena pelempang percuma....

Disebabkan anda daif ilmu tauhid. Anda tidak menyedari & memahami yang Allah s.w.t telah memberi pinjam sifat-NYA pada anda dan mungkin anda tidak pernah melutut, merayu pada tuhan... As-Sami’ul `Alim (Maha Mendengar dan Maha Mengetahui), Al-Basirul `Alim (Maha Melihat dan Maha Mengetahui)...anda telah membaca dan melihat blog saya....

Kedaifan tauhid yang anda pegang dan warisi.. menjadikan anda berlidahkan IBLIS laknatullah. Ini menyebabkan anda menentang, menolak dan menafikan apa2 yang Allah anugerahkan pada anda sifat-NYA. Sebab itu anda diserang penyakit roh dan berasa irihati kepada saya dan orang lain dengan apa yang tuhan anugerahkan kepada saya dan orang lain.

Kedaifan ilmu menjadikan anda hanya sekadar tau membaca sahaja aku mandi potong tahun ini, bulan ini, minggu ini, dan seterusnya menjadi tak bermakna. Sedangkan disitulah terletaknya kunci isyarat dan petua yang boleh digunapakai pada saat dan ketika. Sembahyang jumaat pada hari jumaat sahaja, tidak dikerjakan pada hari Rabu. Ibadah haji hanya pada bulan Zulhijjah sahaja dan tidak boleh dikerjakan sesuka hati. Ibadat puasa wajib hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan tidak boleh ditunaikan pada bulan lain. Jika anda gagal atau telah gagal menyingkap rahsia mandi potong, jangan harap anda akan menjadi terror.. macam saya... sekalipun anda datang 40 orang ATAU semua ahli yang dapat lading panjang tue.. Kesemua semuanya TERMINATOR 7 akan lapah, kunyah dan telan? “TULANG SULBI” anda akan bergegar ... takut??? (Manusia dijadikan dari air yang terpancar keluarnya dari TULANG SULBI dan tulang dada). Amacam nak lawan semuanya bertukar jadi sifat betina. Sedangkan anda semua dapat mandi potong??? Potong apa pun tak tahu???? Apa macam nak guna pakai???

Anda ni bodoh, tolol, bahlul, irihati dan cemburu pada orang lain yang tau dan faham macam mana cara gunapakai (switch on/off).
Anda semua telah mendapat “Barang Baik” akan tetapi disebabkan hati anda tak baik.. amalan kebaikan bertukar kepada keburukan , tak dapat membezakan antara kebenaran dan kesalahan (furqan)..

Bila mata bertentang mata
Lidah kelu tidak terkata
Gerak langkah mati sekata
Badan kaku menjadi binasa

Gayung Fatani buah taktikal
Digunapakai saat ketika
Anda dan saya aman bahagia
Berkat amalan Adam dan Hawa

Kalau Tuan menanam inai
Tanam dengan akar-akarnya
Bila pulang Si Burung Punai
Pulang dengan sangkar-sangkarnya

Taufik Bin Hashim @ Pak Lang @ Tok Garang

Monday, April 11, 2011

Lading Puaka Thriller!!

video


UNTUK MENJADI SEMPURNA, ANDA KENA ADA ASAS YANG SEMPURNA...
TEKNIK JUGA YANG SEMPURNA...
JIKA ANDA TIADA ASAS DAN TEKNIK YANG SEMPURNA,
ANDA TIADA BERGUNA!!!

-PAK LANG | 4 DEC 2009-

Friday, June 4, 2010

MEJAR BURUK MEJAR BARU

Surat Terbuka Yang Berbahagia Mejar (B) Mohamad Anuar Ahmad


21 Mei 2010

Kepada:

Saudara YDP Cawangan Negeri dan YDP/Setaraf di IPT
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)



SURAT TERBUKA UNTUK MELETAKKAN SATU YANG BENAR TIDAK MERAGUKAN


..............................................................................................................


1. Saya mulakan dengan kalimah yang sangat besar ertinya dan saya berpegang teguh dengannya kerana Dia Yang Maha bagi segala-segalanya dan saya bergantung harap sangat akan RahmatNya, Tuhan YME. Oleh demikian apa yang dinukilkan di sini adalah satu kebenaran dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka dan sesungguhnya dengan Zat, Sifat, Asma’ dan Afaal Tuhan Seru sekalian alam, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang saya sampaikan kepada saudara.

Saudara,

2. Saya kira surat ini bukan satu kejutan kerana saya pasti saudara sudah jenuh mendengar tentang diri saya sabit dengan kemelut perjawatan Guru Utama PSSCM. Bagi saya apapun yang telah saudara dengar sama ada baik atau tidak, saya tetap telah berdiam diri tidak pernah membangkitkan isu ini secara umum berhadapan khalayak penuh. Namun tidak pula saya nafikan, jika ada mana-mana pihak meminta pandangan saya, saya langsung memberi jawaban yang berpegang kepada yang benar dan tidak yang tidak benar. Setidak-tidaknya itulah pendirian saya.

3. Seawal bermula episod perlantikan Datuk Hj Maideen Kadir Shah (Datuk), nama saya telahpun diwar-warkan oleh Datuk, bahawa saya tidak menerima beliau sebagai guru, walhal saya sendiri telah berbaiah dengan Datuk bermula pula dengan kalimah Bismillahir Rohmaa nirRohiim dan diakhiri dengan satu doa “ Ya Allah, tolonglah aku”. Ini disaksikan oleh ramai penyelia-penyelia Lembah Kelang bertempat di Hotel D’Palma Ampang, Kuala Lumpur pada 12 Jul 2009. Seluruh semananjung Tanah Melayu di mana ada majlis ijazah atau tidak, Datuk terus melaungkan dengan satu perumusan bahawa saya dan seorang lagi AJK Pusat tidak menerima beliau. Bukan setakat itu, bahkan dilaporkan dalam ucapan-ucapan beliau terselit kata-kata berbaur hina kepada kami. Saya terus diam dan tidak mahu melatah atau bangun untuk pertahankan diri, walaupun saya mempunyai hak ke atas perkara ini. Saya juga turut menghormati dan memuliakan keputusan YM Tuan Hj Ishak Itam atas penyerahan tugas mahupun jawatan kepada Datuk.

4. Sebaliknya ramai yang pertikai tentang karektor dan personaliti Datuk, saya tetap pertahankan bahawa apa yang penting adalah pertamanya kita hendaklah menerima Datuk kerana menghormati keputusan oleh YM Tuan Hj Ishak Itam dan lagi disesuaikan pula dengan keinginan dan saranan YM Tuan Hj Ishak supaya kita hendaklah bersatu demi perpaduan ahli-ahli persatuan. Dalam hal ini, saya pernah bawa bicara dengan beberapa YDP, akan isu dan masalah yang saya sedia hadapi dan kami mempunyai pandangan yang sama bahkan saya turut menyatakan sebagai satu pendirian bahawa apalah hak kita untuk menyanggah keputusan tersebut kerana pertama sekali selain menghormati dan memberi laluan atas kataputus Guru Utama, adalah juga kerana sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Tuhan jua tetapi sama ada benar sebagai Hak atau tidak, sama ada Dia redho atau tidak, bukanlah urusan kita untuk menentukannya, bahkan kepada Allah kita harus berserah kerana jika tidak benar, Tuhan juga akan memberi petunjuk dan dorongan kepada semua. Dari Dia kita terima dan kepada Dia kita berserah. Hanya masa yang akan menentukan.

5. Justru itu banyak sangat peristiwa berlaku dan berlalu begitu sahaja. Semua ini dan tidak lain tidak bukan adalah bagi menjelaskan kepada kita semua bahawa ada sesuatu yang tidak kena bersabit dengan keguruan Datuk. Seumpamanya perihal kelakuan, percakapan, perbuatan dan pendirian Datuk dalam menerajui majlis-majlis dan ehwal pentadbiran persatuan. Ada yang membangkitkan masalah kepimpinan Datuk dengan bersandarkan kepada hadis dalam memberi tafsir sikap dan pemimpin di akhir zaman bahawa betapa nanti akan hadir pemimpin jahil apabila:

a. Bercakap tidak mendatangkan ilmu.
b. Bercakap dengan menghina orang atau tamu dalam majlis.
c. Bercakap dengan membesarkan diri.

6. Di samping itu juga dibangkitkan perihal isu adap dan kederhakaan terhadap YM Tuan Hj Ishak dan pencabulan ke atas perlembagaan persatuan. Untuk ini saya turut kepilkan bersama pekeliling PSSM Cawangan Selangor, menjelaskan beberapa isu yang terpaksa dijelaskan oleh AJK Selangor atas tuntutan ahli-ahli cawangan yang menuntut diadakan satu Mesyuarat Agung Cawangan Luar Biasa pada 10 Okt 2009. Sesudah mesyuarat tersebut Cawangan Selangor terus menjadi sasaran kepimpinan Datuk.

7. Saya tidak mahu membuat apa-apa komen atas perkara-perkara tersebut di atas, kerana sebahagiannya sudah jelas dari pekeliling Cawangan Selangor dan yang lainnya juga jelas dalam pengamatan umum.

8. Hanya saya ingin sentuh adalah pada satu isu yang sangat besar khilafnya kerana ini sangat melibatkan kesemua ahli-ahli dan juga masyarakat umum. Pada peringkat awal saya tidak mahu membawa sebagai isu dan saya cuma ambil isu ini untuk pedoman saya sendiri, tetapi keadaan juga memaksa saya dan akkhirnya saya terpanggil untuk disampaikan kepada umum secara terbuka. Bermula pada 21 Mac di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Selangor, saya telah menyatakan tentang pendirian saya sebagai bahan bicara di dalam mesyuarat tersebut. Alhamdulillah, saya diberi suntikan baru tidak kira sama ada berjaya atau tidak dalam menyampai seruan ini, asalkan saya tahu saya dan rakan-rakan berada dan berpegang pada suatu yang benar. Perjuangan kami adalah bukan mencari kemenangan tetapi menyata dan berpegang terus pada kebenaran. Adalah menjadi sukar pada diri saya ini untuk meneruskan perjuangan dalam persatuan dengan tidak menghirau bab syahadah ini.

9. Saya membelakangi akan isu-isu adap dan susila murid dan guru, saya ketepikan fasal buruksangka terhadap Datuk atas kelakuan, perbuatan, percakapan dan pendirian Datuk dan saya juga tidak fokus pada fasal-fasal perlembagaan walaupun perkara-perkara ini boleh menyumbang kepada ketidakbenaran ehwal Datuk. Mengapa? Tidak lain tidak bukan kerana syahadah yang pernah digunapakai oleh Datuk sangat jelas bagi saya, selain satu yang sangat khilaf, isu syahadah ini juga menjelas akan perihal siapakah Datuk tanpa niat memburuk-burukkan beliau, tetapi sebagai satu pernyataan dan petunjuk mutlak yang harus saya kongsikan kepada semua termasuk saudara. Sekiranya saudara dan semua yang tersampai akan berita dalil dan borhan ini, maka saya dan kawan-kawan telah meloloskan diri dari pertanggungjawaban ini kepada anak bangsa, lebih besar lagi dan mutlaknya adalah kepada Tuhan. Masya Allah. Untuk makluman saudara dan semua ahli masyarakat, saya terdorong dengan tindakan ini bukan kerana pengaruh nafsu, bahkan saya turut merujuk perkara ini kepada mereka yang dikira layak dengan beberapa pro dan kontranya. Namun sepertimana telah saya katakan dari awal lagi, ini adalah untuk kebaikan ummah semua bukan sekadar kepada kalangan ahli-ahli dan kerana ini saya berani mengaku untuk bertanggungjawab penuh ke atasnya.

10. Isu syahadah yang pernah disalah sebut oleh Datuk, bukanlah sesuatu yang diada-adakan tetapi sudah ramai yang tahu sama ada melalui internet – Youtube dan dalam sembang-sembang kedai kopi, hatta saya percaya bahawa perkara telah dimaklumkan kepada pihak berwajib. Sementara menanti apa kata pihak berwajib, saya juga merasakan tidak salah bagi saya untuk mengutarakan perkara ini sebagai pendapat konklusif dari saya sebagai insan, ahli PSSCM, anak bangsa dan rakyat Malaysia. Maka rasa tidak selesa ini untuk mencari tempat rujuk dan adalah mustahil hanya ada dua tempat sahaja wajar untuk dirujuk, iaitu YM Tuan Hj Ishak dan Datuk. Pun begitu Tuan Hj Ishak meminta kami membetulkan syahadah Datuk tetapi ramai anggap kami berbohong dalam isu ini. Puas kami merujuk kepada ramai alim dari alim fiqh sehingga alim dalam Hikam, tetap semuanya mendapati syahadah itu salah. Inilah penjelasan atas pendirian saya yang konklusif:

a. Lafaz kalimah syahadah tauhid yang tidak lazim. Assyahadu Allah ilaha illallah. Bukan sahaja tersasar dari maksud rukun dan syarat yakni nafï dan ithbat, kalimah yang terkalam boleh dipertikai:

i. Keseluruhan kalimat itu tidak membawa erti yang sesungguhnya. Diterjemah secara lafazah adalalah Aku menyaksi (atau naik saksi) Allah Tuhan melainkan Allah. Terdapat ada tiga kekeliruan/khilaf.

Pertama. Siapa Tuhan dan siapa Allah. Allah dalah nama bagi empunya Zat, Sifat, Asma’ dan Afaal. Tuhan adalah untuk disembah dan apa yang kita lazim ucapkan adalah tiada tuhan lain seperti Tuhan yang empunya Zat, Sifat, Asma’ dan Afaal kecuali Allah yakni itulah Tuhan yang kita sembah.

Kedua. Allah yang mana telah disaksikan oleh Datuk, kerana Allah adalah nama bagi ZatNya, walhal Allah itu tidak dapat diumpamakan atas sesuatu. Hatta tidak ada satupun insan di alam syahadah ini pernah bersaksi /melihat kepada Zat kecuali Nabi Muhammad SAW dan ini kita percaya dan beriman atas sifat kerasulannya. Maka harus kita faham bagaimana pula Datuk mampu memperjelaskan rupa Zat yang disaksikan.

Ketiga. Atas perlakuan ini kami dinasihat supaya jangan ikut dan harus tolak kerana bukan sekadar salah, malah menjadi syirik dan boleh termurtad.

ii. Sehubungan dengan kalimah yang pernah dibawa Datuk, adalah bersamaan dengan pegangan dan pakaian golongan Khadiani yang mana ternyata ditolak aqidahnya dan telah dihukum kafir oleh ulama sunnah waljamaah. Sila rujuk kepada mana-mana ulama muktabar.

b. Tiada penjelasan konkrit dari kepemimpinan PSSCM. Kalimah tidak lazim ini bermula pada majlis ijazah rasmi yang pertama bagi Datuk selaku Guru PSSCM, di PL Kuang pada 22 Jul 2009 dan sesiapun tidak menyedari akan khilafnya kalimah tersebut. Kekhilafan ini pertama kali dikesan adalah di Johor Bharu dan cerita mula tersebar dan setiap kali majlis ijazah asas perkara dapat dikesan, lalu menjadi sangsi di antara para hadirin yang prihatin. Perkara telah dirujuk kepada YM Tuan Hj Ishak, yangmana beliau meminta perkara ini dapat diperbetulkan. Sehubungan dengan itu beberapa orang yang berani dan bertanggungjawab membuat pertanyaan kepada pihak persatuan. Akan tetapi bukan penjelasan diterima malah mereka ini di ambil tindakan digantung sebagai tenaga pengajar atas alasan tidak hadir pada sesi penyiasatan dan salahlaku dalam kaedah menyampaikan teguran atau pertanyaan. Perkara yang sama menjadi agenda Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat pada 23 Ogos 2009 yang mana dipengerusikan oleh Datuk. Penjelasan diberi bukan salah ucap tetapi berlaku kerana telo dari lidah Datuk seorang keturunan India. Malangnya penjelasan itu duhujahkan oleh Setiausaha Agung dan bukannya dari tuan punya diri yang disabitkan yakni Datuk. Bagaimanapun saya masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan SUA, dalam penjelasannya bahawa kelainan pada ucapan Datuk adalah tidak sama seperti di dalam hatinya. Datuk bak kata loghat utara 'haram sepatah’ tidak bersuara dalam isu ini. Beliau hanya bersuara selepas perkara tersebut diputuskan dan cuma memberi komen-komen atas isu/agenda lain. Di sini berlaku satu peristiwa salah seorang dari AJK, Penolong Pegawai Penerangan Komdr Roslizan (B) telah memufarakah dari barisan Jawatankuasa Pusat. Saya sendiri pada mesyuarat tersebut masih tergamam dengan peristiwa tersebut tetapi masih memberi komitmen dalam mesyuarat dengan menyatakan apa yang saya faham bahawa Datuk hanyalah seorang pelaksana tugas-tugas Guru Utama dan Presiden; dan Guru Utama dan sebenar Presiden masih lagi YM Tuan Hj Ishak. Malangnya mesyuarat telahpun dan tetap putuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa bagi usul jawatan Guru Utama kepada Datuk tanpa undi dan bahas, ini adalah kerana bagi mengukuh kedudukan Datuk selaku Guru Utama yang tidak mahu dijadikan isu, lebih-lebih lagi kerana ada petisyen dari kalangan ahli bersabit dengan kalimah syahadah. Saya tidak mahu bicara tentang kesahihan aturan dalam perlembagaan kerana ini adalah isu yang berasingan, bersabit dengan fakta undang-undang tubuh yang mungkin ada perkara-perkara samar dan boleh jadi satu bahas yang panjang. Sepertimana saya katakan bukan kemenangan yang dicari tetapi menyata dan berpegang kepada kebenaran. Kemudian secara pribadi saya turut mecari fakta-fakta kejadian, selain dari rakaman Youtube saya turut mendapat input dari beberapa orang dan di sini saya tidak mahu namakan sesiapapun sebab saya sangat percaya dan tidak mahu melibatkan mereka secara khusus. Saya dengan pendirian saya, terpulanglah kepada saudara untuk menyiasat bagi semua dalil dan borhan. Dan atas pencarian ini, maka dirumuskan:

i. Rakaman video Majlis Ijazah di Kuang pada 22 Jul 2009 tidak ditunjukkan kepada ramai, pada hal hari dan tarikh tersebut merupakan sebagai tarikh keramat yang sungguh bermakna kepada persatuan dan Datuk sendiri. Rakaman ini dikendali oleh Jabatan Penerangan. Carilah ‘master copy’ yang asal, tidak edit. Perkara ini dijadikan simpanan/dokumen SULIT kerana mereka yang terlibat tidak nampak akan khilafnya di peringkat awal.

ii. Pasca Majlis Ijazah di Johor Bharu. Perihal kelainan bunyi syahadah ini turut ditanya oleh beberapa ahli senior, Datuk memberi jawaban bahawa dengan kalimah seperti tersebut, akan langsung terus sampai ke atas. Salah atau tidak bukan ukuran saya tetapi jelas Datuk telah mengaku itulah kalimah yang dibawanya, satu kalimah tidak lazim. Untuk makluman saudara, ada laporan bahawa kini (mungkin sudah berubah) ada tenaga pengajar terus menjadikan kalimah tidak lazim ini selaku pakaiannya, hatta dalam solah sendiri.

iii. Majlis Ijazah di UPM, Serdang. Dilaporkan dalam ucapan Datuk, ada menyebut bahawa ada pihak yang ingin tahu dan mencabar aqidahnya dan setelah itu semasa membuat ijazah berlaku sedikit keganjilan. Bermula dengan kalimah tidak lazim dan selang kemudian bertukar kepada lazim dan kemudian disambut semula dengan kalimah tidak lazim pada peringkat akhiran pengijazahan. Maka adakah ini dapat dipadankan sebagai telo jika sekejap salah dan sekejap lagi betul. Bagi saya yang hak dan batil tidak dapat bersatu.

iv. Pada peringkat awalan dalam majlis-majlis ijazah dan bukan ijazah dijadikan larangan untuk membuat rakaman audio atau video, kecuali jika dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Maka apa disajikan seperti dalam Youtube adalah rakaman curi-curi. Soalnya kenapa takut kerana majlis untuk ramai bukan khusus untuk disampaikan pesan-pesan ilmu sir/rahsia. Seharus hendaklah berani kerana benar dan jika mungkin ada pihak yang ingin manupulasikan sesuatu perkara, maka itulah guna adanya rakaman Jabatan Penerangan.

11. Dengan penjelasan yang dirumuskan ini, saya dengan berani, tegar dan bertanggungjawab mengatakan bahawa Datuk adalah seorang pembohong kerana tidak bertanggungjawab atas prilakunya sendiri, malah boleh saya takrifkan sebagai pengecut , takut berhadapan dengan ramai untuk menjelas perkara-perkara ini, jika ia benar.

12. Inilah yang saya ingin sampaikan kepada saudara untuk memberi pertimbangan yang wajar sebelum perkara buruk berlaku. Apakah saudara sanggup mencemari aqidah anak bangsa, adakah wajar kita dipimpin oleh seorang yang bersifat sedemikian. Terpulanglah kepada saudara untuk membuat pendirian masing-masing, yang pentingnya saya telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya. Bagi saya secara peribadi isu kalimah tidak lazim adalah petunjuk jelas lagi mutlak untuk menafikan bahawa Datuk adalah bukan yang Hak, masakan sesuatu yang lazim sejak zaman Nabi Adam as sampai sekarang maka Allah kurnia satu yang tidak lazim kepada seorang manusia seperti Datuk. Masakan Allah mahu merosak seorang yang sangat hangat dan hebat menggelarkan dirinya kuat pembawa tauhid, bahkan telah bersalin lidah dengan guru Al Quran.

13. Sebagai satu hujah, mungkin saudara mahu katakan khilafan itu boleh berlaku atas sifat makhluk, sifat baharu sebagai alam yang kena jadi dan kini beliau, yakni Datuk telah kembali normal, setelah memperbaiki telonya. Dari segi akal mungkin harus baginya memperbetulkan keteloran beliau dan tetapi ada yang berpendapat telo adalah satu yang sukar diubah, kerana ini dikait sangat atas keturunan. Maknanya sejak awal itulah fasih tak fasihnya dan dari awal sampai kini dan sudah tentu boleh dijadikan sebagai identiti tersendiri. Bagi saya bukan dia boleh berubah menjadi betul atau tidak, tetapi apakah akan dan telah terjadi kepada mereka yang berijazah dengan Datuk. Sepertimana telah saya katakan, bahawa kalimah tidak lazim ini menjurus kepada syirik dan murtad. Jika benar telah dapat dibetulkan dalam fasih ucapan, apakah harus berlaku sebagai seorang yang bertanggungjawab membawa satu yang sangat kufur. Saya tidak mahu jawab, sebaliknya saudara harus mencari formula dengan merujuk kepada ikhtibar dari sejarah lalu dan juga pada mana-mana ulama dan mereka yang arif.

14. Bagi saya, saya sangat bersyukur kerana Allah telah memberi taufiq dan hidayahNya serta keberanian kepada saya untuk jelas dan nyatakan perkara ini, walaupun nanti saya akan dicemuh sebagai petualang dan perosak persatuan dan ataupun sebagainya. Hanya kepada Allah juga saya serahkan kerana tiada daya upaya saya untuk menentang kehendakNya. Saya turut bersangka bahawa kemelut ini, jika boleh ditakrifkan sebagai kemelut akan menjejaskan status keahlian dalam PSSCM tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa bukan nama, bukan jawatan dan bukan kemenangan yang saya carikan tetapi perjuangan saya adalah berpegang kepada yang benar dan terus menyatakan yang benar.

15. Dalam surat ini, tidak terniat saya untuk memburuk-burukkan sesiapun, hatta Datuk sendiri, tetapi kerana hakikatnya saya harus dan terpanggil menjelaskan atas kebenaran keadaan demi anak bangsa, rakyat dan Islam, agama kita yang suci. Jangan sampai mahu pertahankan instutusi PSSCM, aqidah kita semua tercemar. Kepada Allah hendaklah kita kembalikan dan kepada Allah jua saya panjatkan segala ampunan sekiranya, saya salah dari segi adap dan adat, bagaimanapun saya tetap tegar dengan inilah pendirian saya, yang harus saya panjangkan kepada semua melalui saudara, selaku YDP Cawangan negeri atau setaraf di peringkat IPT. Sesugguhnya dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan juga kita akan kembali.

16. Sebagai penutup disarankan kepada saudara dan semua ahli agar merujuk dahulu secara sulit kepada kenalan alim dengan seikhlas-ikhlasnya, agar anak bangsa kita tidak teraniaya kerana pendirian kita yang taksub kepada persatuan.

17. Akhir sekali terima kasih kerana membaca surat ini. Wassalam.


Sabda Rasullah Nabi Muhammad SAW

…………..
berkatalah kamu dengan benar walaupun yang benar itu sungguh menyakitkan
…………...


Yang benar


………...............

[Nota : surat asal ini telah kami terima bertulisan Melayu iaitu dalam tulisan Jawi dan telah di Rumikan agar yang ramai dapat membacanya. Agar faham kandungan isi surat ini, maka ramailah dapat membuat panduan serta memberi pandangan semoga kemurnian yang benar terjaga tanpa terjaja]



Surat Terbuka Yang Berbahagia Komander (B) Roslizan bin Ahmad Mahidin KAT, PPS, PPA


FAKTA SEBENAR YANG SAYA LALUI

Salam buat semua. Saya terpanggil untuk berkongsi fakta sebenar apabila nama saya dibabitkan dalam surat oleh Maj Mohmad Anuar Ahmad (B) bertarikh 21 Mei 2010.

Ku mulai warkah ini dengan memohon keampunan daripada Yang Maha Agung Allah SWT dari sifat keji terutamanya syirik dan munafik di dalam menyatakan kebenaran. Ku berselawat terhadap junjungan besar kekasihnya Nabi Muhammad SAW serta pewaris-pewarisnya yang terus tanpa jemu-jemu menyampaikan ajaran Islam yang hakiki hingga saat ini termasuklah Guru Utama Silat Cekak Tuan Haji Ishak Itam. Dan pewaris itu tetap pada empunya diri Tuan Haji Ishak Itam hingga saat dan ketika ini. Belum lagi berubah. Ku jua ucapkan salam atas Keramah dan Hikmah kedua ibubapa yang melahirkan aku. Terhadap sahabat-sahabat yang masih teguh dalam perjuangan mempertahankan Islam agar sentiasa di dalam rahmatnya dan diberi kekuatan yang berterusan walaupun dari golongan yang sedikit.
Ku rela menerima apa jua dugaan, cabaran, balasan dan hukuman atas apa jua yang bakal ku sampaikan kerana sesungguhnya hati ini hanya takut pada yang Maha Besar. Tidak sekali-kali ku rasa gentar terhadap pangkat-pangkat, darjat-darjat dan kehebataan sebarang mahluk yang kena jadi. Moga Allah sentiasa beserta di dalam warkah ini dan diredhainya. Insyallah.

Saudara-saudaraku,
Aku tidak mengaji dan mengkaji sedalam yang disampaikan oleh Maj Mohmad Anuar, tetapi jika ia berkehendak JADI maka JADILAH. Adapun setakat yang mampu aku bicarakan adalah bermula bulan Mei 2009 di mana di masa itu, aku ingin membeli kain batik cekak untuk anaknda tercinta dan hadir ke bilik Pengarah Urusan Maroz Tailoring atas jemputan yang empunya pejabat. Hanya ku ingin memetik kata-kata tuan punya pejabat "Roslizan, abang ini bukan orangnya yang layak untuk menjadi Guru dan Presiden kerana abang kenal siapa abang, jika sekiranya di masa-masa akan datang, ada seorang Guru yang sebenar maka abang akan serahkan segala tugas yang diberi oleh Guru Utama (iaitu tugas Presiden yang diarahkan oleh Ustaz Ishak untuk beliau laksanakan) dengan rela hati. Abang bukan orangnya". Itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telingaku hingga saat ini.

Setelah itu, aku berada di dalam mesyuarat khas AJK Pusat PSSCM semasa di Kuala Trengganu untuk membincangkan perihal kesihatan Yang Mulia Guru Utama. Perintah yang diberi oleh Pengerusi Mesyuarat pada masa itu adalah "Kita beri tempoh dalam masa 2 minggu untuk sama-sama memikirkan kaedah yang paling baik bagi menghadapi situasi kesihatan Guru Utama sekarang bagi melancarkan perjalanan PSSCM". Kesinambungan dari itu, aku dan semua AJK Pusat berkumpul di Bangunan Sentul bagi membicarakan soal yang diarahkan kepada kami untuk difikirkan pada tanggal 14hb Jun 2009. Tanpa bertanya kepada sidang yang hadir, Tuan Pengerusi telah menyatakan bahawa beliau telah diangkat oleh Tuan Haji Ishak bin Itam sebagai Pemegang Amanah untuk membawa Silat Cekak. Jika tidak percaya boleh dipastikan dengan bertemu dan bertanyakan sendiri kepada Yang Mulia Guru Utama. Aku dan semua ahli sidang menghormati keputusan tersebut walaupun agak terkejut. Tanggal 18hb Jun 2009, semua ahli sidang Pusat telah hadir ke rumah Yang Mulia Tuan Haji Ishak. Alhamdu lillah, kupanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT, setakat yang Allah memberiku pendengaran pada ketika itu, tidak ada terkeluar walau sepatah ayatpun dari kalam Tuan Haji Ishak bin Itam bahawa Datok Haji Maideen adalah pengganti dan Guru Utama. Kerana pada saat itu, yang agak keterlaluan berbicara adalah Saudara Setiausaha Agung yang agak terkehadapan mengupas dan mengulas bicara Guru Utama. Cuma aku sempat memetik beberapa bait ayat Yang Mulia Tuan Haji Ishak Itam. Antaranya:

1. Pemberian hanya dari yang satu.

2. Pada adat mata nampak tapi tak nampak.

3. Apa yang ada hanya HAK saya.

4. Kita buat dulu bagi bersatu Jangan Pecah. Masing-masing buat.

Berlanjutan dari peristiwa keramat tersebut maka pada tanggal 4hb Julai 2009, di Hotel de Palma Ampang dihadiri oleh hampir semua Ketua-Ketua dan Naib Yang DiPertua Cawangan, AJK Pusat dan LPT maka terzahirlah satu peristiwa mengangkat diri sendiri sebagai PEMEGANG AMANAH oleh Datok Haji Maideen. Ramai dikalangan hadirin dapat menerimanya kerana HANYA sebagai Pemegang Amanah. Berkumandanglah beberapa ayat keramat dari diri Datok pada ketika itu bagi membenarkan dan menguatkan hujah bahawa beliau adalah sebagai Pemegang Amanah. Dan apa yang amat ku terasa adalah ketika Datok mengatakan bahawa "Selagi hayat Yang Mulia Guru Utama kita ada, saya tidak akan ditabalkan sebagai Guru walaupun 10 tahun. Bukan diistiharkan tapi akan ditabalkan selepas 40 hari Yang Mulia Guru Utama kembali ke rahmatullah". Peristiwa nyata dan benar yang disaksikan lebih 40 orang pemegang jawatan penting persatuan.

Maka satu sejarah telah tercatit bermula 22hb Julai 2009 apabila Majlis Ijazah yang pertama oleh Datok (Pemegang Amanah) dilaksanakan di Pusat Latihan Kuang Selangor. Dari saat itu maka majlis-majlis ijazah berterusan tanpa henti. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, aku dan beberapa rakan mengikuti perkembangan majlis tersebut hinggalah aku sendiri yang menyaksikannya beberapa kali di Changkat Lada Teluk Intan Perak pada tanggal 3 Ogos 2009. Benarlah apa yang dibacarakan oleh Maj Mohmad Anuar dalam warkahnya bertarikh 21 Mei 2010, bahawasanya terdapat percanggahan dari lazim terhadap dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh Datok.

Atas dasar tanggungjawab, beberapa pihak berwajib yang arif lagi bijaksana telah ku pohon pandangan dan khidmat nasihat. Jawapannya selari dan sama. Mereka mengatakan bahawa syahadah yang dilafazkan itu bercanggah.

Berpegang kepada keyakinan diri terhadap Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, ku cekalkan semangat dan bulatkan hati untuk merujuk perkara ini kepada Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam pada 21 Ogos 2009. Membawa 4 orang saksi bersama iaitu Encik Adenan bin Mohd Dom, Maj Mohmad Anuar, Encik Amiruddin bin Md Isa serta Encik Md Azmi bin Ismail (yang ketika itu telah sedia ada di rumah Yang Mulia Guru Utama), aku telah mengutarakan perihal masalah syahadah Datok. Keputusan Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam amatlah mudah tetapi mencabar iaitu "Roslizan perbetulkan, buat bagi betul dan buat betul-betul". Aku bertanya untuk kepastian, "Adakah saya yang perlu perbetulkan Datok?" Jawapan Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam"Ya". Aku bertanya lagi, "Kalau dia tak mahu terima, macamana Ustaz?" Maka jawab Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam, "Itulah masalahnya,"

Usul perkara dan keputusan Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam telah ku maklumkan kepada kekandaku SUA pada 25 Ogos 2009 untuk beliau mengambil tindakan tetapi beliau menyuruhku memaklumkan sendiri kepada Datok. Kata-kata Yang Mulia Guru Utama "Amanah Jangan Pecah" sentiasa bermain di hatiku, maka ku beranikan hati untuk membuat temujanji dengan Datok melalui pemandunya Encik Abd Karim bin Said pada 1 Sep 2009, tetapi malangnya diberi alasan bahawa Datok sibuk. Kepada Datok sendiri ku tujukan sms untuk membuat temujanji, juga tidak berjawab. Oleh hal yang demikian pada tanggal 2 Sep 2009 satu sms telah ku hantar kepada Datok dan salinan kepada beberapa orang yang lain iaitu SUA, Abd Karim, Zaini Marzuki, Adenan Mohd Dom, Maj Mohmad Anuar dan Safaran. Kandungan sms ku adalah sebegini..

"Salam bang...Perkara Pertama. Saya nak maklumkan bahawa pd 21 Ogos lalu, YM Guru Utama Tn Hj Ishak telah meminta saya, adenan, mej anuar dan amirudin untuk beritahu abg pasal syahadah abg masa majlis baru bercanggah dgn lazim. Itu ajer. Terpulang pd abg nak perbetulkan atau tidak...Sy buat ni atas dasar sayang pd abg. Berpuloh yg mendengar tapi tak berani nak tegur. Majoriti yg taat dan sokong abg pasal kedudukan aje. Perkara kedua. Saya nak mohon agar surat perlantikan abg sebagai Presiden/Guru ditarik balik kerana telah membuka pintu pd musuh dan bercanggah dgn perlembagaan fasal 5.1 dan 11.4. Selepas abg baca sms ni, abg buat keputusan samada nak pecat saya ke. Saya tak kisah. Saya bukan orang yang berjuang utk rebut jawatan. Tugas saya dah selesai. Biarlah Allah SWT sahaja yg menentukan. Salam."

Maka dengan sms tersebut, sekurang-kurangnya amanah Guru terhadap diriku telah kusampaikan kepada yang berwajib tetapi sebagaimana sedia maklum, ianya tidak mendapat apa-apa maklumbalas.

Akhirnya, aku telah mengutarakan sekali lagi perkara ini di dalam Sidang Pusat pada tanggal 14hb Sep 2009 dan perkara ini telah dijawab dengan panjang lebar untuk SUA. Petikan kata-kata SUA ketika mempertahankan kalimah syahadah Datok antaranya adalah' "Saya kenal Datok dah lama, beliau tidak berpegang dengan kesalahan kalimah tersebut, ia hanya telo sebagai orang berketurunan India" dan aku dengan rasa terkilan kerana SUA mengatakan bahawa apa yang Datok ucapkan tak sama dengan hati (jadi persoalannya...mulut kata lain, hati kata lain???) dan atas penuh rasa tanggungjawab aku me mufarakah kan diriku dari PSSCM (surat SUA menyatakan aku berhenti) tanpa rasa menyesal dan rugi.
Saudaraku sekelian, pada hari ini, ku hidangkan warkah ini pada kalian kerana aku rasa terpanggil atas kudratNYA dan iradatNYA bagi menyatakan kebenaran dan fakta yang aku sendiri lalu, bukannya dengar-dengar cerita orang atau baca-baca di laman blog dan sebagainya. Setelah lebih 7 bulan ku menyepi diri walaupun dalam tempoh itu, aku dicemuh dengan pelbagai perkara, Alhamdu lillah, cemuhlah aku, katalah aku....Guru berpesan, "Bukan nak jadi kudispun". Apalah salahnya orang nak kata, mulut dia, ikut dialah. Asal jangan menyusahkan orang.

Tetapi apabila perkara yang menyalahi hukum dan lazim serta boleh meruntuhkan keimanan seseorang maka wajiblah kita memeranginya.
Akhir pena, sekali lagi ku bermohon kepadaNYA agar semua saudaraku sekelian agar dapat melihat dengan sejelas-jelasnya dengan mata hati tidak hanya melihat dengan mata zahir bagi mencari suluh penerang hidup. Ku jua memanjatkan permohonan agar saudaraku Datok Maideen, SUA, AJK Pusat, LPT dan seluruh ahli PSSCM khasnya, termasuklah Umat Melayu dan Umat Islam akan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT. Wasalam dan Amin.

Hanya Kerana Allah,

Komander Roslizan bin Ahmad Mahidin TLDM (Bersara) KAT, PPS, PPA
Mantan Penolong Ketua Penerangan PSSCM (2005-2009)
Mantan Setiausaha/Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak (2004-2008)
Mantan YDP PSSCM Cawangan Perak (1998-2002)
Mantan YDP PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim (1995-1998)
Mantan Setiausaha Jabatan Penerangan PSSCM (1993-1994)
Diijazahkan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad (1985)



Nota: Sebarang kemusykilan sila berjumpa saya di Pusat Pembagunan Modal Insan Darul Insan


Surat yang dipostkan ini merupakan SURAT TERBUKA daripada Yang Berbhg. Mejar (B) Mohamad Anuar Ahmad yang telah diemailkan kepada Admin dan SURAT TERBUKA Yang Berbhg. Komander (B) Roslizan bin Ahmad Mahidin di 'copy paste' daripada Blog Aku Mati Hidup Kembali oleh Admin tanpa diubah dan di'edit' isi kandungannya.